Laman Sembang Paling Popular: 2014
Lazada Malaysia

Laman Sembang 1 Malaysia

>>     Top 3 Benda Paling WIN Untuk Korang Kalau Ada Pelan Postpaid U Mobile Yang Unlimited Ini?.    <<
 
Selamat Datang ke Laman Sembang Paling Popular.

Untuk berchatting sila klik 'ENTER NOW' pada image CHAT ROOM di atas.

Selamat Berhibur.

Ibu bapa perlu pantau anak


KOTA BHARU – Ibu bapa harus memantau pendidikan dan keberadaan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terjebak budaya tidak sihat sehingga boleh menimbulkan masalah sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, orang ramai dan pihak keselamatan dalam negeri perlu sentiasa bekerjasama mendidik anak muda ke arah masa depan yang terjamin.

 “Kita kena tengok keadaan anak-anak kita, ibu bapa mesti memantau pendidikan mereka, jangan biarkan mereka keluar rumah dengan seseorang yang bukan muhrim, lelaki atau perempuan sama sahaja, masa depan mereka akan rosak akibat kelalaian kita.

“Kita mahu maruah anak muda kita dipertahankan, keturunan juga bukan satu perkara remeh, sebab itu Kelantan sangat mahukan pelaksanaan hudud ini, Islam bukan hanya satu perkara sahaja tapi termasuklah integriti, maka kita mohon supaya ia diberikan perhatian sewajarnya,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu dua remaja perempuan, mendakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Mei lalu.
@ 29 MEI 2014/SINAR HARIAN ONLINE

Laman Sembang Paling Popular

Selamat Datang ke Laman Sembang Paling Popular di Internet. Laman Sembang chit chat ini disediakan secara percuma kepada anda semua untuk berbual,bersembang, cari kawan baru, kalau bertuah boleh cari jodoh juga di laman sembang paling best di Malaysia ini jika anda jujur dalam persahabatan. Selamat berchatting dengan jujur dan jaga identiti anda dengan sebaiknya.

 
TAGS, LABEL : Laman Sembang Wanita, Laman Sembang Sosial, Laman Sembang Rumahtangga, Laman Sembang Remaja, Laman Sembang Popular, Laman Sembang Online, Laman Sembang Mamak, Laman Sembang #Kampung, Laman Sembang Maya, Laman Sembang Melayu, Laman Sembang Kuala Lumpur, Laman Sembang Kampung Chat, Laman Sembang Orang Johor, Laman Sembang Janda, Laman Sembang IRC, Laman Sembang Guru, Laman Sembang Facebook, Laman Sembang Cinta, Laman Sembang di Internet, Laman Sembang di Malaysia, Laman Sembang Dewasa, Laman Sembang 18SX, Laman Sembang Webcam, Laman Sembang Chat Malaysia, Laman Sembang Cari Jodoh, Laman Sembang Cari Kawan, Laman Sembang Kampung, Laman Sembang Percuma, Laman Sembang Malaysia, Laman Sembang Paling Meriah, Laman Sembang Sosial,Laman Sembang Chatting Online, Chating Webcam, Chat Webcam Site

Mangsa Tipu Online

RAUB - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an kerugian RM1,800 manakala seorang lelaki kempunan memiliki telefon mudah alih jenama Iphone 5 apabila masing-masing ditipu dalam satu urusan perniagaan yang dilakukan secara atas talian (online).

Wanita terbabit dikatakan cuba membeli barangan kosmetik secara borong bernilai RM1,800 yang ditemuinya ketika melayari sebuah laman sosial.

Manakala lelaki terbabit cuba membeli telefon pintar Iphone 5 melalui sebuah laman sesawang dengan harga RM1,200.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian yang menimpa wanita terbabit berlaku bulan lalu di mana mangsa telah memasukkan jumlah wang diminta melalui sebuah mesin deposit wang di salah sebuah bank ke dalam akaun seorang wanita.

“Suspek kemudiannya berjanji akan pos barang yang dijanjikan pada 28 Januari lalu, namun sehingga kini barang yang dijanjikan tidak juga sampai.

“Mangsa cuba menghubungi suspek namun tidak dapat lalu merasakan dirinya telah ditipu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian terbabit,” katanya.

Bagi lelaki terbabit pula, menurutnya, kejadian turut berlaku Januari lalu di mana sebaik sahaja mangsa berhasrat untuk membeli telefon pintar terbabit, dia telah menghubungi suspek melalui nombor yang tertera dalam iklan tersebut.

“Mangsa menghubungi suspek memberitahu wang sudah dimasukkan ke dalam akaun suspek dan berjanji akan menghantar barang berkenaan, namun sehingga kini mangsa masih belum menerimanya.

“Sebagaimana mangsa wanita itu, mangsa juga cuba menghubungi suspek setelah beberapa hari mendapati barang yang dibeli masih tidak sampai, namun suspek gagal dihubungi. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah merasakan dirinya telah ditipu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah percaya dengan jualan murah di internet.

“Pastikan anda membeli secara atas talian di laman sesawang yang disahkan selamat dan jika ingin membeli di atas talian pastikan anda membeli secara tunai dan serahan tangan,” katanya.

Lazada Malaysia
Lazada Malaysia