Laman Sembang Paling Popular: Ibu bapa perlu pantau anak
Lazada Malaysia

Laman Sembang 1 Malaysia

>>     Top 3 Benda Paling WIN Untuk Korang Kalau Ada Pelan Postpaid U Mobile Yang Unlimited Ini?.    <<
 
Selamat Datang ke Laman Sembang Paling Popular.

Untuk berchatting sila klik 'ENTER NOW' pada image CHAT ROOM di atas.

Selamat Berhibur.

Ibu bapa perlu pantau anak


KOTA BHARU – Ibu bapa harus memantau pendidikan dan keberadaan anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak terjebak budaya tidak sihat sehingga boleh menimbulkan masalah sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, orang ramai dan pihak keselamatan dalam negeri perlu sentiasa bekerjasama mendidik anak muda ke arah masa depan yang terjamin.

 “Kita kena tengok keadaan anak-anak kita, ibu bapa mesti memantau pendidikan mereka, jangan biarkan mereka keluar rumah dengan seseorang yang bukan muhrim, lelaki atau perempuan sama sahaja, masa depan mereka akan rosak akibat kelalaian kita.

“Kita mahu maruah anak muda kita dipertahankan, keturunan juga bukan satu perkara remeh, sebab itu Kelantan sangat mahukan pelaksanaan hudud ini, Islam bukan hanya satu perkara sahaja tapi termasuklah integriti, maka kita mohon supaya ia diberikan perhatian sewajarnya,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu dua remaja perempuan, mendakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Mei lalu.
@ 29 MEI 2014/SINAR HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia
Lazada Malaysia