Sebentar tadi kecoh di media sosial tersebar berita mengenai Pesawat MH020 terhempas dari KLIA ke Paris, berikut sedikit maklumat dari Twitter Harian Metro.
Salam...Twitter Harian Metro menafikan mengenai pesawat MH020 terhempas di Leon, Perancis.
Ini info terbaru . Sebuah Pesawat Malaysia Airlines MH020 KLIA ke Paris terhempas di Leon Paris jam waktu Malaysia 1215am sebentar tadi.
Kesemua penumpang seramai 350 orang terkorban termasuk 16 anak kapal yang semuanya berbangsa Melayu.
Semoga Allah mencucuri Rahmat terhadap kesemua anak kapal MH020 dan Salam Takziah buat penumpang MH020 ..
Berita berkenaan pesawat malang ini akan di update sebentar lagi di berita tv anda...sekian harap maklum.
#PRAY_FOR_MH020_MAS
Info dari bilik sebelah
HENTI SEBARKAN BERITA PALSU!
UPDATE dari Portal Malaysiakini petikan dari Bernma
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin yang tersebar dalam laman sosial bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Perancis.
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata MAS tidak lagi menawarkan perkhidmatan ke Paris selepas memberhentikan Penerbangan MH020 ke ibu negara Perancis itu pada 20 Jan tahun ini.
"Tiada lagi penerbangan itu (MH020) pada masa ini. Khabar angin itu tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama.
p/s: Tiada kemalangan pesawat mh020 yang melibatkan kapal terbang mh020 terhempas seperti yang telah diviralkan oleh pihak-pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment